Aku memerhati sang hawa di dunia.
Pelbagai ragam dan rasa.
Alahai hawa
Baru ditegur sedikit sudah tesentuh
Baru disapa sebentar sudah terjatuh
Aduhai gegerl
Ada insan ambilkan pensel yg jatuh
Sudah cair
Ada insan pm menanyakan sesuatu
Sudah tenggelam
Alahai Elsa
Rapuhnya kamu di zaman ini
Patahnya hati melihat hati
Sedihnya bila diri sendiri yang mencemari hati
Parahnya bila cinta Tuhan belum melekat pada diri
Aduhh wanita,
Pengsan dalam pujukan
Tunduk dalam rayu
Khayal dalam angan
Buntu dalam harapan
Kasihan..
Bila yang bertakhta bukannya cinta Tuhan.